TDM bakal terima Black Hawk hujung bulan ini

PUTRAJAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima helikopter Black Hawk sebelum hujung bulan ini mengikut tarikh dipersetujui dalam surat lanjutan kedua dikeluarkan Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata sekiranya syarikat terbabit masih gagal membuat penghantaran mengikut tarikh ditetapkan, TDM akan menggesa Bahagian Perolehan mengambil tindakan tegas selari syarat ditetapkan dalam surat lanjutan berkenaan.

Beliau menjelaskan seandainya kontrak itu dibatalkan spesifikasi dan penjenisan helikopter sama iaitu helikopter utiliti tempur wajar digantikan bagi memenuhi keperluan operasi TDM serta keperluan staf am pasukan udara TDM.

“TDM berpegang kepada pendirian bahawa perolehan helikopter ini mestilah mematuhi segala perincian dan terma digariskan dalam surat setuju terima (SST) yang dipersetujui kedua-dua pihak iaitu kerajaan Malaysia dan syarikat Aerotree Defence and Services Sdn Bhd.

“Segala kelewatan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Bahagian Perolehan selaku pengurus kontrak termasuk mengenakan denda lewat atau penamatan kontrak sekiranya perlu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, Mohammad berkata terdapat satu keperluan mendesak untuk menggantikan helikopter Super Lynx dan beberapa aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang usang.

Beliau berkata, sehingga kini TLDM masih mengoperasikan sebahagian daripada helikopter Super Lynx, yang fungsinya adalah terhad kepada peperangan permukaan dan pelancar torpedo antikapal selam sahaja.

“Pesawat tersebut telah beroperasi melebihi 20 tahun dan diunjurkan untuk beroperasi secara terhad hingga 2026.

“Keperluan penggantian helikopter tempur maritim ini kritikal dan TLDM sedang menilai beberapa pilihan helikopter tempur maritim yang sesuai bagi menggantikan Super Lynx di bawah program perolehan helikopter peperangan antikapal selam (ASW) yang didaftarkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13),” katanya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM