Jangan jadikan RCI Tabung Haji alat, senjata politik

BANGI – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dijadikan senjata politik.

Presiden WADAH, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, politik tidak boleh mengatasi keberanan dalam mendedahkan kelompangan yang berlaku di dalam Tabung Haji namun kebenaran juga tidak boleh dialatkan menjadi politik.

Menurut beliau, dapatan yang terkandung di dalam RCI TH juga tidak boleh dipandang ringan atau ditutup kerana kebimbangan terhadap implikasi politik.

“Jangan laporan RCI ini dijadikan senjata ataupun alat politik tetapi pada masa yang sama jangan pula dapatan RCI ini dipandang ringan atau ditutup, dikaburi kerana takut kepada implikasi politik.

“Kedua-duanya tidak betul. Politik tidak boleh mengatasi kebenaran tetapi kebenaran juga tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan politik,” katanya ketika berucap pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad Azam berkata, laporan RCI berkenaan perlu dilihat dengan fikiran yang jernih dan hati yang bersih kerana ia bukan laporan mana-mana parti politik, kerajaan tertentu mahupun pembangkang namun hasil siasatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Semua pihak perlu memastikan dapatan RCI diterjemahkan kepada proses muhasabah, pembaikan dan pembetulan demi mengembalikan keyakinan jutaan pendeposit TH.

“TH bukan sekadar sebuah institusi kewangan kerana ia mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah pembangunan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, institusi itu lahir daripada gagasan untuk membantu umat Islam, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mengumpulkan simpanan sedikit demi sedikit bagi menunaikan ibadah haji.

“Apabila kita berbicara tentang TH, kita sebenarnya berbicara tentang kepercayaan jutaan pendeposit.

“Kepercayaan tidak boleh dinilai hanya dalam bentuk ringgit dan sen. Ia mempunyai dimensi amanah syariah, moral, sosial dan kenegaraan,” katanya.

Sehubungan itu, Azam menegaskan pengurusan TH mesti berteraskan integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Beliau turut mengingatkan RCI bukan titik penamat, sebaliknya titik permulaan kepada usaha memperkukuh institusi berkenaan untuk tempoh jangka panjang.

“Tujuan akhirnya bukan sekadar mencari siapa yang salah. Tujuan akhirnya ialah memastikan Tabung Haji menjadi lebih kukuh daripada sebelum ini.

“Perbincangan mengenai masa depan TH juga perlu melangkaui persoalan jumlah hibah tahunan, dengan mengambil kira daya tahan institusi itu untuk tempoh 20, 30 malah 50 tahun akan datang,” katanya.

Related Posts

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

BANGI – Kedudukan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai institusi yang menghimpunkan simpanan jutaan umat Islam menyebabkan aspek amanah, integriti dan ketelusan tidak boleh dikompromi. Sehubungan itu, Presiden WADAH, Datuk Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes bendera terbalik: Bezakan kecuaian dengan penghinaan sengaja untuk provokasi

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan terhadap kes melibatkan pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik perlu dilaksanakan secara adil, berkadar dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan penghormatan terhadap simbol negara dapat dipertahankan tanpa menjejaskan prinsip…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Muhyiddin tiba di Mahkamah Tinggi sambung bicara kes Jana Wibawa

Muhyiddin tiba di Mahkamah Tinggi sambung bicara kes Jana Wibawa

AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

  • By Ithma
  • September 3, 2026
AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak