Marin Sandakan gagalkan penyeludupan rokok, rampas 97,800 batang bernilai RM131,700

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (Marin) Wilayah 4 Sabah merampas 97,800 batang rokok tidak bercukai bernilai RM131,700 dalam serbuan di Jeti Kampung (Kg) Kombo, Jalan Leila, di sini, pada Rabu.

Komander Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan kira-kira pukul 4.15 pagi itu dilakukan hasil maklumat risikan.

“Pasukan Marin Sandakan mengesan beberapa individu sedang memunggah barangan dari sebuah bot ke jeti sebelum mereka menyedari kehadiran polis, bot berkenaan bertindak memecut meninggalkan kawasan berkenaan, manakala individu yang berada di jeti turut melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan di sekitar jeti kemudian menemukan sejumlah rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, Filipina,” ujarnya dalam kenyataan, pada Rabu.

Ahmad Amri berkata, rampasan membabitkan 40,000 batang rokok Oakley Original, 10,000 batang Oakley Original Menthol, 16,000 batang L3 Menthol dan 31,800 batang L3 Black Menthol.

“Keseluruhannya, sebanyak 97,800 batang rokok tidak bercukai dirampas dengan anggaran nilai RM131,700.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” kongsinya.

Menurut Ahmad Amri, Marin Wilayah 4 Sabah merekodkan sebanyak 57 kes di bawah Akta Kastam 1967 dengan nilai rampasan keseluruhan RM8,013,942.61, selain menahan 39 individu.

“Marin Wiayah 4 akan terus memperhebatkan risikan, rondaan dan operasi penguatkuasaan terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan serta lokasi pemunggahan barangan seludup.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan akan memperkukuh kawalan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” tegasnya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap