Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini

KENINGAU – Gempa bumi lemah magnitud 3.4 skala richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 9.31 pagi, pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 5.3° Utara dan 116.1° Timur, kira-kira 10 kilometer (km) barat Keningau, dengan kedalaman 10 km.

Jelasnya, gegaran dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.

Salah seorang pengguna Facebook, Kervina Chung, turut berkongsi detik cemas apabila rumahnya tiba-tiba bergegar ketika sedang tidur.

“Tengah tidur tiba rasa rumah bergegar bunyi macam guntur mungkin disebabkan gegaran. Semoga Tuhan melindungi kami,” kongsinya.

Turut terkesan, Maryjane Bachelorette yang mendakwa dirinya dan keluarga turut merasai gegaran.

“Ya betul kami rasa gegaran sini Keningau sekejap saja goyang satu rumah semoga kita semua dalam lindunganNya, Aaminn,” tulisnya dalam ruangan komen Facebook MetMalaysia.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan dan perkembangan susulan gempa bumi berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat kejadian itu turut diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu mendapatkan maklumat mengenai kesan gegaran di kawasan terlibat.

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini berkaitan gempa bumi boleh dirujuk menerusi portal MyGempa MetMalaysia.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan