Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional diperluas ke Sarawak

KUCHING – Kementerian Pengangkutan (MoT) memperluas Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional ke Sarawak bagi memperkasa kebajikan pemandu dan kualiti pengangkutan awam.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih selamat dan selesa kepada rakyat.

Hasbi berkata, pemandu kini ditawarkan 4 manfaat utama termasuk penggunaan kenderaan model Proton S70 yang lebih moden, selamat serta cekap.

Beliau berkata, kerajaan turut memperkenalkan identiti baharu teksi dengan reka bentuk moden tanpa ‘topper’, penggunaan nombor pendaftaran khas siri ‘GET’ serta meter teksi digital.

Tambahnya, proses pemeriksaan berkala kenderaan berlesen juga ditambah baik dengan memberikan keutamaan kepada teksi bagi mempercepat urusan pemandu.

Hasbi berkata, pemandu disediakan pilihan pembiayaan yang lebih fleksibel sama ada melalui skim sewa beli ataupun pakej pajakan mengikut kemampuan masing-masing.

Menurutnya, ketika ini seramai 446 pemandu teksi, 7,326 pemandu e-hailing dan 170 pemandu kereta sewa berdaftar secara aktif di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak.

Beliau berkata, program yang dihadiri 150 peserta itu membolehkan para pemandu mendapatkan maklumat secara terus daripada rakan industri strategik termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan pengendali platform e-hailing.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis