BBP Gopeng sedia ‘port’ percuma gambar Merdeka

GOPENG – Tidak perlu pening mencari lokasi menarik untuk bergambar sempena Bulan Kebangsaan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng kini tampil dengan dekorasi Merdeka yang cukup ‘Instagrammable’ untuk dijadikan latar kenangan bersama keluarga dan insan tersayang.

Berlatarbelakangkan Menara Gopeng yang dihiasi dengan dekorasi bertemakan kemerdekaan, orang ramai boleh berkunjung ke BBP Gopeng untuk bergambar secara percuma sehingga 31 Ogos ini.

Lebih menarik, dekorasi berkenaan bukan hasil tempahan profesional, sebaliknya dicetuskan menerusi kreativiti serta gotong-royong anggota dan pegawai BBP Gopeng yang bertungkus-lumus menyiapkannya dalam tempoh beberapa hari.

Jurucakap BBP Gopeng berkata, pihaknya berbesar hati menerima kunjungan orang ramai yang mahu singgah, bergambar dan mengabadikan kenangan sempena bulan kemerdekaan.

“Terima kasih kerana sudi datang, singgah dan mengabadikan kenangan bersama Menara Gopeng. Semoga terus menjadi salah satu kebanggaan dan kenangan buat kita semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Ng berkata, dekorasi tersebut bukan sahaja menceriakan suasana sambutan Hari Kebangsaan, malah mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Nak cari lokasi bergambar sempena bulan Kebangsaan secara percuma? Jom singgah ke BBP Gopeng yang kini dihiasi dengan dekorasi Merdeka khas untuk orang ramai.

“Boleh bawa keluarga, anak-anak dan kawan-kawan datang bergambar dan simpan kenangan bersama. Rebut peluang ini sehingga 31 Ogos,” katanya.

Jadi, buat warga Gopeng dan sekitarnya, jangan lepaskan peluang untuk ‘shoot’ gambar kenangan Merdeka bersama keluarga, anak-anak atau kawan-kawan di BBP Gopeng.

Percuma, santai dan paling penting, kenangan Merdeka boleh dibawa pulang dalam bentuk sekeping gambar.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis