PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Hala tuju kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diputuskan sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan antara kedua-dua gabungan itu masih di peringkat awal dan sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan kepimpinan PH serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya rasa sebelum Hari Malaysia, kita mungkin sudah ada bayangan untuk maju ke depan atau melangkah ke depan dalam berhadapan Pilihan Raya Negeri Melaka,” katanya, seperti dilaporkan berita tempatan pada Khamis.

Beliau berkata selepas sidang media sempena Festival Turath Islami Kebangsaan 2026 di sini pada Khamis. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Amirudin berkata beberapa sesi perbincangan berkaitan kerjasama berkenaan dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.

Menurutnya, pengalaman PH dan BN yang pernah bekerjasama serta bertanding antara satu sama lain dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini akan dijadikan pertimbangan dalam menentukan pendekatan terbaik bagi PRN Melaka.

“Kita pernah bekerjasama dengan BN sebagai satu gabungan dalam PRN, kita pernah bertembung di Johor, bertembung di Negeri Sembilan dan bekerjasama dengan rapat di Sabah.

“Semua pengalaman itu kita kumpulkan untuk memberikan manfaat kepada semua,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil semalam dilaporkan berkata PH mempunyai jadual serta garis masa tersendiri dalam membincangkan persiapan menghadapi PRN Melaka.

Related Posts

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang jemputan dihantar kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi menyertai semula parti itu.  Perkara itu disahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka belum ada keputusan, serah kepada kepimpinan PH

PUTRAJAYA – Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka belum ada sebarang keputusan dibuat oleh pimpinan parti. Beliau yang tidak terlibat secara langsung dalam perkara berkenaan turut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Jangan bergantung harap dana dari langit

Jangan bergantung harap dana dari langit

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol