Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang jemputan dihantar kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi menyertai semula parti itu. 

Perkara itu disahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan, beliau tidak maklum akan ada  sebarang jemputan diberikan kepada Mohamed Azmin kembali semula ke pangkuan PKR. 

“Ada orang jemput ke? Ada pelawaan? Saya tak dimaklumkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE) 2026, pada Khamis.

Bagaimanapun, ketika ditanya berhubung pelawaannya kepada ‘Otai Reformis’ untuk kembali kepada perjuangan PKR pada Kongres PKR minggu lalu termasuk melibatkan Mohamed Azmin, Anwar hanya mempelawa kumpulan tersebut sahaja.

“Dia (Mohamed Azmin) otai ke?,” katanya ringkas. 

Terdahulu, Azmin yang kini bersama Bersatu dilaporkan berkata, beliau tidak akan sesekali kembali menyertai parti lamanya meskipun terdapat ‘pelawaan’ kepada bekas ahli untuk berbuat demikian.

Ia sekali gus menolak seruan Presiden PKR itu supaya bekas pemimpin dan aktivis parti itu kembali ke landasan perjuangan parti berkenaan.

Mohamed Azmin yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, beliau yakin dengan parti yang disertainya sekarang dapat menjadi wadah perjuangan demi kelangsungan politiknya.

Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) baru-baru ini, menyeru bekas pemimpin dan aktivis parti itu supaya kembali ke landasan perjuangan PKR.

Sebelum ini, media melaporkan, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, dijangka menyertai semula PKR.

Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Xavier Jayakumar turut mengesahkan kembali menyertai parti tersebut.

Related Posts

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

HASRAT untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan