Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

REJIM Israel mengorbankan lebih 21,500 kanak-kanak Palestin serta menyasarkan 1,244 daripada keseluruhan 1,275 masjid di Semenanjung Gaza sejak peperangan meletus pada Oktober 2023, menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Isnin.

Agensi itu memaklumkan bahawa tentera Israel secara sistematis melancarkan serangan bersasar ke atas penduduk awam, kawasan perumahan serta tempat ibadat sepanjang kempen genosid yang dilancarkan di wilayah berkenaan, lapor Anadolu.

Daripada jumlah tempat ibadat yang terjejas, sebanyak 1,077 masjid dilaporkan musnah sepenuhnya akibat bedilan rejim.

Pihak pejabat media mengutuk keras tindakan berterusan menyasarkan golongan awam, kanak-kanak dan tempat ibadat, selain mendesak pihak perantara supaya menekan Israel agar menghentikan siri pencabulan gencatan senjata serta mematuhi sepenuhnya perjanjian yang dimeterai.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah ancaman baharu rejim Israel yang mahu meningkatkan siri serangan di enklaf terbabit.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Pertahanan, Israel Katz mengancam untuk memperhebatkan siri pembunuhan berencana serta memindahkan penduduk dari kawasan kejiranan susulan dakwaan kemunculan layang-layang yang merentasi perairan atau kawasan kawalan Israel dari Gaza.

Amaran itu dikeluarkan meskipun pihak tentera Israel sendiri mengesahkan pada Sabtu bahawa empat buah layang-layang yang ditemui berhampiran Gaza tidak mengandungi sebarang bahan mencurigakan dan tidak mengancam keselamatan awam.

Secara keseluruhannya, kempen ketenteraan kejam rejim Israel telah meragut lebih 73,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 174,000 yang lain di Gaza sejak Oktober 2023.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?