LCDA terus perkasa sosioekonomi rakyat Sarawak menerusi hartanah dan pertanian

LAWAS – Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) komited memperkukuh peranannya dalam pembangunan sosioekonomi rakyat Sarawak dengan mengoptimumkan potensi guna tanah secara menyeluruh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penstrukturan semula LCDA membolehkan agensi tersebut memperluas penglibatan dalam sektor pertanian, hartanah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Empat puluh lima tahun itu satu perjalanan yang sudah cukup panjang. Ada pengalaman manis, pahit dan penuh cabaran, namun kita bersyukur LCDA terus berkembang dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Program LCDA Berambeh Ke Lawas sempena Sambutan 45 Tahun agensi berkenaan pada Ahad.

Menurut beliau merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan serta Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan Bandar itu, peranan LCDA kini tidak lagi terhad kepada perumahan, malah merangkumi pembangunan ladang rakyat serta usaha memperluas aktiviti ekonomi yang mampu memberi nilai tambah tinggi kepada masyarakat luar bandar.

Menyentuh mengenai rancangan pembangunan setempat, Awang Tengah memaklumkan bahawa projek pembangunan semula Pekan Trusan turut menjadi antara fokus utama LCDA memandangkan potensinya untuk berkembang maju sebagai bandar transit berhampiran sempadan Brunei.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pelan pembangunan daerah Lawas perlu dirancang secara komprehensif susulan kedudukannya yang amat strategik bersempadan dengan Brunei, Indonesia serta Sabah.

Tambahnya, kerajaan Sarawak kini merangka Pelan Tempatan Limbang dan Lawas 2035 bagi memastikan pembangunan kedua-dua kawasan berkenaan jauh lebih tersusun.

Perancangan strategik tersebut merangkumi fokus utama penambahbaikan jaringan jalan raya dan sistem pengangkutan rentas sempadan negara jiran.

Selain itu, pembangunan semula Pekan Trusan yang dijangka bermula pada hujung tahun ini akan merangkumi kemudahan komersial, pasar tamu dan masjid.

Pelan tersebut turut menumpukan kepada peralihan sektor pertanian berasaskan bahan mentah kepada industri hiliran seperti pemprosesan makanan dan minuman berserta penerapan kemahiran ekonomi digital bagi membantu meluaskan akses pasaran produk tempatan.

Sementara itu, Pengurus Besar LCDA, Datuk Seri Zaidi Mahdi menjelaskan bahawa program sambutan tersebut menjadi platform terbaik bagi agensi berkenaan mendekati komuniti untuk mendapatkan maklum balas berhubung keperluan mereka.

Menurutnya, inisiatif kebajikan rakyat turut mendapat perhatian penuh menerusi pelaksanaan beberapa projek perumahan di daerah Lawas hasil kerjasama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Pembangunan kediaman tersebut merangkumi pelaksanaan pelbagai projek penting seperti 15 unit rumah mampu milik di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Trusan yang kini hampir siap sepenuhnya. Di samping itu, inisiatif berkenaan turut membabitkan pembinaan 45 unit kediaman di Skim Penempatan Semula (SPS) Banting berserta 20 unit kediaman di SPK Long Tuan.

Tegas Zaidi, LCDA akan terus mengorak langkah ke hadapan dengan mengukuhkan keupayaan organisasi serta meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan demi manfaat rakyat Sarawak.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam