JMF sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026, aset tentera dipamerkan di Putrajaya

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya akan tampil dengan beberapa kelainan, termasuk penyertaan Johor Military Force (JMF) dalam perbarisan serta pameran statik aset ketenteraan dan kepolisian untuk tatapan orang ramai.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, seramai 100 anggota JMF akan menyertai perbarisan bersama kontinjen dan aset lain pada sambutan 31 Ogos ini.

Menurut Fahmi, orang ramai juga berpeluang melihat aset ketenteraan dan kepolisian dengan lebih dekat apabila aset berkenaan ditempatkan secara statik di beberapa lokasi sepanjang sambutan tersebut.

“Pendekatan itu memberi pengalaman berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila pengunjung hanya dapat melihat aset bergerak dari tepi laluan ketika perbarisan berlangsung. Bagi tahun ini kita letakkan di satu lokasi di Dataran Floria.

“Jadi ada lokasi yang mana aset-aset ini diletakkan sepanjang masa. Bagi pengunjung, mereka boleh datang menikmati dan melihat sendiri dengan dekat aset-aset ketenteraan, kepolisian dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu beliau hadir bagi majlis penyeraham sumbangan penajaan oleh rakan strategik kepada peserta Human Grafic Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Tapak Human Terrace, Dataran Putrajaya, pada Isnin.

Dalam pada itu, seramai 1,500 pelajar daripada 36 sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor terbabit dalam persembahan Human Graphic sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Fahmi berkata, latihan pertama di lokasi sudah diadakan dan para peserta kini giat membuat persiapan bagi memastikan persembahan mereka berada pada tahap terbaik menjelang 31 Ogos.

Beliau memaklumkan, raptai penuh akan diadakan pada 28 dan 29 Ogos, manakala 30 Ogos ditetapkan sebagai hari rehat kepada peserta.

Sementara itu, aspek kesihatan dan keselamatan peserta serta pengunjung turut diberi perhatian dengan Kementerian Belia dan Sukan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Meteorologi Malaysia berhubung prosedur operasi standard berkaitan kesihatan.

“Kita akan teliti dengan pihak Jabatan Meteorologi dan juga pihak KKM. Saya telah mengarahkan dalam mesyuarat jawatan kuasa induk sambutan Hari Kebangsaan pada minggu lalu, isu-isu SOP berkaitan kesihatan perlu kita dapatkan dan kita akan uar-uarkan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Sambutan kemerdekaan tahun ini disokong 139 penaja, dengan jumlah sumbangan meningkat 118 peratus berbanding tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk makanan dan produk untuk diagihkan kepada orang ramai pada 31 Ogos.

Bagi memudahkan orang ramai hadir ke Putrajaya, perkhidmatan MRT akan beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos, manakala perkhidmatan teksi air percuma turut disediakan untuk pengunjung.

Persiapan keseluruhan sambutan kini melebihi 70 peratus dan dijangka mencapai antara 80 hingga 90 peratus dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan