Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

GEORGE TOWN – Kemajuan projek kereta kabel Bukit Bendera kini telah mencapai 32 peratus dengan kerja-kerja fizikal dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mengikut jadual, pengoperasian kereta kabel itu pula dijangka bermula menjelang suku terakhir tahun yang sama.

“Perkembangan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa projek ini kini mula memasuki fasa yang lebih menarik selepas kesemua kerja-kerja bawah tanah berjaya disempurnakan,” katanya selepas melakukan lawatan pemantauan projek kereta kabel Bukit Bendera di sini, hari ini.

Kon Yeow juga menyaksikan pemasangan menara ketiga projek berkenaan iaitu dari Kebun Bunga hingga ke puncak Bukit Bendera di sini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, projek kereta kabel Bukit Bendera amat dinanti-nantikan selepas kerja-kerja di tapak dimulakan pada Januari 2025.

Katanya, walaupun kerja-kerja pada peringkat awal berdepan beberapa kekangan terutama membabitkan pembinaan struktur bawah tanah yang memerlukan penelitian serta pematuhan syarat teknikal yang ketat, namun, ia berjaya direalisasikan.

Beliau berharap agar kerja-kerja di atas tanah yang akan bermula tidak lama lagi membolehkan kemajuan projek dikawal dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Ia memandangkan kerja-kerja pembinaan bawah tanah agak mencabar kerana keadaan geologi kawasan itu yang mempunyai banyak batuan.

Related Posts

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026 (DEA2026), masing-masing menerusi kategori Penyelidikan dan Pembangunan serta Teknologi Digital. Pengiktirafan itu diumumkan sempena Majlis Makan Malam Gala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000