Kerjasama Pas-UMNO hanya untuk jatuhkan Anwar, guna alasan penyatuan Melayu – Ahmad Shahir

PEMUDA AMANAH melihat kerjasama antara Pas dan UMNO ketika ini lebih menjurus kepada usaha mendapatkan kuasa, terutama untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Setiausaha Pemuda AMANAH, Ahmad Shahir Mohd Shah, kedua-dua parti itu dilihat mempunyai satu understanding dalam usaha tersebut, namun persoalannya ialah bagaimana mereka mahu meletakkan kedudukan masing-masing sebagai parti yang masih mempunyai prinsip dan mempertahankan prinsip asal mereka.

“Ataupun mereka hanya boleh bekerjasama untuk dapatkan kuasa, lepas itu baru bincang macam mana,” katanya di sini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi itu kepada parti lain selepas BN memenangi 21 daripada 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka semasa pilihan raya negeri pada 2021.

Walau bagaimanapun, menurut Ilham Centre, sekiranya dipecahkan undi parlimen kepada DUN, PN menang di 10 DUN manakala BN hanya menang 4 DUN.

Apabila PN rasa mereka juga kuat, mereka akan tuntut kerusi lebih dengan BN pula yang menyandang 21 kerusi DUN yang dimenangi dalam PRN November 2021, maka beratlah hati nak serahkan kerusi menang tersebut kepada PN.

Ilham Centre itu berkata jika BN mahu mempertahankan kesemua 21 kerusinya, hanya tujuh kerusi berbaki untuk ditandingi PN.

Dalam pada itu, Ahmad Shahir berkata, agenda yang dibawa Pas dan UMNO ketika ini juga banyak menyebut mengenai penyatuan Melayu.

“Cuma kita pun tak tahu segmen Melayu mana yang mereka nak satukan. Cuma mereka menjadikan itulah bahan modal dialah, sebagai titik untuk mereka bersama,” katanya.

Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan kedua-dua parti lebih menumpukan kepada usaha membina kekuatan politik dan mendapatkan kuasa, berbanding memperlihatkan dengan jelas prinsip serta agenda asal yang selama ini mereka perjuangkan.

Dalam konteks itu, beliau berkata, kerjasama Pas dan UMNO perlu dilihat bukan semata-mata sebagai penyatuan Melayu, tetapi juga sebagai satu strategi politik untuk membentuk kekuatan bersama bagi menghadapi Anwar dan kerajaan pimpinannya.

Related Posts

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

KUALA LUMPUR – Nilai transaksi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencecah RM5.2 bilion dengan hampir 8.4 juta penerima menggunakan MyKad untuk membeli keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini. Perdana Menteri menyambut ketibaan Min Aung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas