Anwar terima anugerah Nishan-e-Pakistan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan anugerah awam tertinggi Pakistan, Nishan-e-Pakistan, oleh Presiden negara itu Asif Ali Zardari dalam satu majlis di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr, hari ini.

Terdahulu, Anwar yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara Asia Selatan itu, melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Zardari.

“(Anugerah ini) merupakan pengiktirafan tertinggi dari kerajaan Pakistan atas kepimpinan Anwar dalam menggalakkan dan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan,” kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan kepada media Malaysia baru-baru ini.

Turut menghadiri majlis anugerah itu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan anggota delegasi Malaysia yang lain.

Presiden Zardari kemudiannya meraikan Perdana Menteri Malaysia itu dalam majlis makan malam di Istana Presiden.

Malaysia dan Pakistan menjalinkan hubungan diplomatik pada 1957 apabila negara mencapai kemerdekaan.

Pada 2019, Malaysia dan Pakistan menandatangani perjanjian Perkongsian Strategik.

Kuala Lumpur dan Islamabad juga memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Erat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) pada 2008 yang merangkumi perdagangan barangan, pelaburan dan kerjasama teknikal.

Pakistan adalah destinasi eksport ketiga terbesar Malaysia di Asia Selatan sejak 2016.

Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah RM6.43 bilion tahun lepas, membabitkan eksport dari Malaysia berjumlah RM4.39 bilion manakala import negara dari Pakistan bernilai RM2.04 bilion, dengan lebihan dagangan RM2.34 bilion memihak kepada Malaysia.

Bagi tujuh bulan pertama tahun ini, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan berjumlah RM5.10 bilion.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan