Anwar gambarkan situasi di Asia Barat ‘sugul’

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengibaratkan keadaan di Asia Barat ketika ini sebagai ‘sugul’ berikutan ketiadaan jalan penyelesaian secara diplomatik bagi mengakhiri konflik di beberapa bahagian dalam wilayah itu.

Beliau turut melontarkan persoalan negara di Asia Barat yang bakal diceroboh Israel selepas rejim itu menyerang ibu negara Lubnan iaitu Beirut dan sebelum ini, kawasan di selatan Lubnan serta Semenanjung Gaza.

“Setakat ini, tiada (jalan penyelesaian secara diplomatik terhadap konflik di Asia Barat). Setakat ini (keadaan di Asia Barat boleh) diibaratkan sebagai sugul kerana kita mendesak (agar) dihentikan serangan terhadap Semenanjung Gaza, (tetapi) diteruskan serangan terhadap Gaza malah diperluas kepada Lubnan.

“Mula (serangan) di selatan Lubnan, kini sudah ke Beirut. Selepas ini, apa lagi?” kata Perdana Menteri ketika ditanya Bernama sama ada terdapat jalan penyelesaian secara diplomatik terhadap krisis di wilayah itu yang semakin merebak kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga dilihat gagal mencari jalan untuk menghentikan serangan Israel.

Anwar berkata Malaysia, sebagaimana yang telah disuarakan secara tegas oleh beliau dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, mendesak agar serangan ganas Israel terhadap Semenanjung Gaza, Tebing Barat, selatan Lubnan dan Beirut dihentikan dengan segera.

Beliau berkata, usaha menamatkan konflik di Asia Barat yang telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk awam yang tidak berdosa itu juga memerlukan komitmen dari negara-negara Arab, Islam dan PBB.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

PERMATANG PAUH – Anak muda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman kebencian dan perpecahan kerana ia hanya akan melemahkan negara, sebaliknya mereka diminta bangkit sebagai satu pasukan untuk bersama-sama membina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI