
MALAYSIA tumbang 0-2 di tangan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Ini menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu bangkit pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi, Rabu ini dalam misi memburu tiket ke final buat kali pertama selepas lapan tahun, lapor Berita Harian
Kali terakhir skuad negara mara ke final Piala ASEAN adalah pada 2018 dengan skuad ketika itu turut dibimbing Cheng Hoe.
Dalam 45 minit pertama itu aksi terbabit, Malaysia berjaya mengimbangi Vietnam sebelum kehilangan Rodney Celvin Akwensivie pada minit ke-15 minit dan digantikan Aysar Hadi Shapri.
Malaysia mendapat peluang terbaik pada minit ke-26 menerusi situasi satu lawan satu, namun G Pavithran dihalang penjaga gol, Giang Patrick Le sebelum pengadil, Lutfullin Rustam memberikan sepakan gol kepada pelawat.
Satu lagi peluang terbaik negara hadir pada minit ke-34 menerusi hantaran lintang Faris Daniah Asrul ditampan Paulo Josue namun ditepis Patrick Le sebelum percubaan susulan Daryl Sham George melambung tinggi.
Vietnam mula mengancam di penghujung babak pertama menerusi percubaan Nguyen Dinh Bac yang diselamatkan Azri Ghani sebelum Azri akhirnya tewas dengan tandukan jarak dekat Nguyen Xuan Son ketika saingan berbaki tidak sampai seminit.
Bersambung babak kedua, Malaysia menggandakan asakan menggunakan kepantasan di bahagian sayap dan beberapa kali berjaya mengancam benteng Vietnam namun belum cukup untuk menggegar gawang Vietnam.
Tindakan Patrick Le yang keluar untuk menghalang larian deras Mohamadou Sumareh di luar kotak penalti mengundang padah apabila penjaga gol Vietnam itu dilayangkan kad merah pada minit ke-60.
Namun Patrick Le ‘terselamat’ apabila Lutfullin menarik semula kad merah terbabit selepas meneliti semula monitor Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali gus membolehkan pelawat kekal beraksi 11 pemain.
Tugas Malaysia bertambah sukar apabila Faris Danish tertampan hantaran Nguyen Quang Hai ke dalam gawang sendiri pada minit ke-85 untuk Vietnam terus selesa dengan dua gol.
Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan untuk Vietnam membawa pulang kelebihan dua gol menuju aksi separuh kedua di laman sendiri, minggu depan.








