Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

PUTRAJAYA – Kekalahan dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, termasuk kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada PRN Negeri Sembilan, tidak seharusnya menjadi penghalang kepada DAP untuk terus bergerak ke hadapan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata, setiap kekalahan perlu dijadikan pedoman dan sumber inspirasi untuk memperkukuh parti dalam menghadapi cabaran politik akan datang.

Beliau mengakui kecewa dengan keputusan pilihan raya bermula PRN Sabah sehingga PRN Negeri Sembilan, khususnya selepas gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah yang disandangnya selama 13 tahun.

“Saya merasa dukacita kerana dalam PRN Negeri Sembilan baru-baru ini selaku Setiausaha Agung DAP, saya tak dapat pertahankan kerusi DUN Chennah. Saya mohon maaf kepada semua perwakilan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Persidangan DAP Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Anthony berkata, hasrat utamanya bertanding di Chennah bukan untuk kemenangan peribadi, sebaliknya membuktikan DAP mampu meraih sokongan pengundi pelbagai kaum, termasuk di kawasan majoriti Melayu.

Bagaimanapun, beliau mengakui misi berkenaan belum berjaya apabila sokongan daripada pengundi Melayu dan Orang Asli tidak mencapai tahap yang diharapkan.

“Ini satu cabaran besar buat DAP,” katanya.

Menurutnya, sejak penubuhan parti itu pada 1970-an sehingga kini, DAP masih berusaha mencari strategi untuk memecahkan tembok politik berasaskan perkauman yang menjadi antara cabaran utama parti.

Beliau berkata, pengalaman selama lebih enam dekad dalam pilihan raya seharusnya menjadi kekuatan kepada DAP untuk bangkit dan berdepan apa juga rintangan pada masa akan datang.

“Sudah menjadi lumrah pilihan raya, ada menang ada kalah. Namun, DAP dengan pengalaman pilihan raya selama 60 tahun mesti bangkit berdepan apa jua rintangan mendatang,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu, Anthony yang mewakili Pakatan Harapan (PH) tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon, dengan memperoleh 5,036 undi berbanding 5,505 undi yang diraih pencabarnya.

Keputusan itu menyaksikan Anthony tewas dengan majoriti 469 undi.

Related Posts

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara