PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

LIMBANG – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) disaran terus memperkukuh peranan sebagai platform memperkasa wanita dalam pelbagai bidang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, PPWS perlu memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan, keusahawanan dan peningkatan taraf hidup, khususnya dalam kalangan wanita di kawasan luar bandar.

Menurutnya, peranan PPWS tidak seharusnya terhad kepada penganjuran aktiviti kemasyarakatan, sebaliknya perlu terus berkembang sebagai platform yang melahirkan wanita berdaya saing, berdikari dan mampu menjadi pemimpin di peringkat tempatan.

“Saya berharap PPWS terus berusaha melahirkan pemimpin tempatan dalam kalangan ahli melalui pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan.

“Sejak penubuhannya sehingga kini, PPWS telah memainkan peranan besar dalam membimbing wanita, khususnya wanita luar bandar, melalui pendidikan, kemahiran serta projek yang membantu menjana pendapatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Floral Fantasy Night sempena Sambutan Ulang Tahun PPWS ke-64 di Dewan Suarah Limbang, pada hari ini.

Hasbi berkata, kekuatan PPWS turut terserlah menerusi keupayaannya menghimpunkan wanita daripada pelbagai latar belakang untuk membina perpaduan, persefahaman dan persahabatan dalam suasana harmoni.

Katanya, pendekatan itu selari dengan aspirasi untuk meningkatkan taraf hidup wanita menerusi pendidikan, kegiatan sosioekonomi, keusahawanan, kesihatan serta pembangunan potensi diri.

Dalam perkembangan sama, Hasbi menggesa usahawan wanita PPWS supaya lebih berani meneroka peluang baharu dengan memanfaatkan teknologi dan pendigitalan bagi memperluas pasaran serta meningkatkan daya saing perniagaan.

“Saya amat bangga melihat keupayaan wanita Sarawak yang semakin menyerlah. PPWS telah memainkan peranan penting sebagai wadah untuk menyatukan dan memperkasakan usahawan wanita.

“Usahawan PPWS tidak boleh lagi berada di takuk lama. Kita perlu merangkul teknologi dan pendigitalan kerana perniagaan masa kini menuntut kita bergerak pantas, kreatif dan berani meneroka pasaran baharu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli supaya tidak bergerak secara bersendirian, sebaliknya memanfaatkan jaringan PPWS untuk membina kerjasama, perkongsian pengalaman serta sistem sokongan antara usahawan.

Tambahnya, kerajaan sentiasa komited menyokong agenda pemerkasaan ekonomi wanita dan berharap PPWS dapat terus menjalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang