Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

SARATOK – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah tong gas di sebuah rumah panjang di Awik  bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok yang diketuai Inspektor Henry Muji susulan laporan daripada seorang pekebun berusia 38 tahun berhubung kehilangan tong gas miliknya pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa membuat laporan selepas dimaklumkan oleh sepupunya bahawa salah seorang suspek dipercayai mencuri tong gas yang disimpan di bawah meja dapur rumahnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati tong gas tersebut telah hilang dan siasatan awal mendapati terdapat saksi melihat seorang suspek memikul tong gas berkenaan di belakang rumah panjang.

“Saksi juga melihat seorang lagi lelaki menunggu di jalan belakang rumah panjang menggunakan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun melarikan diri sebaik menyedari kehadiran saksi dan meninggalkan tong gas berkenaan di dalam semak berhampiran Jalan Kemidan.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan dua suspek berusia 21 dan 26 tahun di ruai sebuah rumah panjang di Awik sebelum menahan seorang lagi suspek berusia 28 tahun di lokasi sama.

Dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah motosikal, sebuah tong gas dan sebuah guni berwarna putih yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati suspek utama mengaku memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang yang dibuka oleh rakannya sebelum mengambil tong gas tersebut dan melarikan diri menggunakan motosikal milik suspek ketiga.

“Suspek berusia 21 tahun merupakan adik kandung kepada pengadu, manakala motosikal yang digunakan ketika kejadian adalah milik saudara mereka,” jelasnya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan turut mendapati suspek berusia 26 tahun mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah, manakala suspek berusia 28 tahun mempunyai satu rekod kesalahan berkaitan dadah.

“Ketiga-tiga suspek merupakan penagih dadah tegar dan dipercayai merancang menjual tong gas yang dicuri untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” tambahnya.

Related Posts

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

IPOH – Penemuan pelbagai jenis dadah di lokap Balai Polis Lumut, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel bagi membantu siasatan, pada Selasa lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

KUCHING – Penganjuran program Harmony Walk 2026 yang dijadualkan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu ini terpaksa ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang melanda bandar raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot