SNDB perkasa pekebun kecil, pacu pemodenan industri sagu di Mukah

MUKAH – Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB) komited memperkasa golongan pekebun kecil menerusi pelaksanaan Program Pemulihan dan Pemerkasaan Pekebun Kecil Sagu di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Inisiatif strategik tersebut merangkumi pelbagai komponen penting termasuk pembinaan jalan ladang, pemberian insentif baja, kerja-kerja pemulihan kebun sagu serta penyediaan latihan bagi meningkatkan kemahiran peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, industri sagu yang menjadi nadi penting kepada ekonomi daerah Mukah perlu beralih daripada kaedah tradisional kepada corak pengurusan yang lebih moden serta teratur.

Menurut beliau, aspek peningkatan produktiviti, penerapan teknologi terkini, serta kegiatan penyelidikan dan inovasi amat penting bagi mengembangkan rantaian industri serta produk hiliran berasaskan sagu.

“Sagu mempunyai potensi ekonomi yang besar sekiranya diurus dengan baik dan menggunakan teknologi serta kaedah pengeluaran yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Program Pembangunan Kapasiti Pekebun Kecil Sagu 2026 di Kingwood Resort di sini, pada Khamis.

Program latihan intensif selama tiga hari yang dianjurkan oleh SNDB itu telah berjaya menghimpunkan kira-kira 100 pekebun kecil tempatan dengan tumpuan khusus diberikan kepada teknik pengurusan ladang yang lebih sistematik.

Dalam pada itu, Abdul Yakub turut menggalakkan golongan belia supaya tidak teragak-agak menceburi sektor sagu yang disifatkannya mempunyai ruang kerjaya luas merangkumi bidang pertanian moden, keusahawanan dan teknologi.

“Penglibatan belia penting bagi memastikan industri sagu terus berkembang. Ilmu yang diperoleh sepanjang latihan ini perlu digunakan untuk meningkatkan pengurusan dan hasil kebun,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar SNDB, Zaidell Hussaini berkata, penganjuran program tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai platform latihan kemahiran, malah mengeratkan hubungan antara komuniti penanam sagu dengan pihak kerajaan.

Jelasnya, usaha memperkasakan kemahiran pekebun kecil ini perlu bergerak seiring dengan penyediaan infrastruktur asas yang efisien bagi menyokong pertumbuhan mampan industri sagu tempatan.

Turut hadir memeriahkan majlis penutupan tersebut ialah Pegawai Daerah Mukah, Paleadzman Ahip.

Related Posts

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM