Pusat pelupusan sampah Kayu Madang terbakar

KOTA KINABALU – Pusat pelupusan sampah Kayu Madang Telipok dilaporkan terbakar sekali lagi di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tuaran, PkPgB Mohammad Nor Amit berkata punca kebakaran adalah melibatkan longgokan tayar di pelupusan sampah.

“Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.24 petang.

“Sebarang perkembangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ketika ini pasukan bomba sedang berusaha memadam dan mengawal kebakaran agar tidak merebak.

Tambahnya, bomba bertindak memadam kebakaran satu aliran 100 kaki satu pacutan sumber air dari jentera dan water tanker.

Seramai sembilan anggota dari BBP Tuaran, tujuh dari BBP Kota Kinabalu dan enam dari BBP Lintas diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Norkizan Durudin dikejarkan ke lokasi kejadian.

  • Related Posts

    Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

    IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

    IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

    Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

    Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

    Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

    Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

    Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

    BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

    BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

    Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

    Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

    FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

    FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka