66 tan sampah dikutip dari Pulau Gaya, Pulau Sepanggar

KOTA KINABALU – Sebanyak 66 tan sampah berjaya dikutip pada hari pertama program KK Cleanup Day 4.0: Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini pada Rabu.

Melalui hantaran Facebook Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), sebanyak 12 unit bot telah digerakkan untuk mengangkut sampah terkumpul dari 11 jeti kawasan perkampungan.

“Dalam pada itu, sebanyak 12 unit jentera berat yang terdiri daripada lori kompaktor, lori ro-ro, jengkaut dan ‘open truck’ digerakkan untuk tujuan melupuskan sampah di tapak pelupusan Kayu Madang,” katanya.

“Penduduk kampung yang terlibat turut memperlihat usaha dan beri komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.

“Kampung yang terlibat ialah Kg Lok Urai, Kg Kasuapan, Kg Pulau Gaya Asli, Kg Lobong dan Kg Torong Logong di Pulau Gaya serta Kg Pulau Sepanggar di Sepanggar,” katanya.

KK Cleanup Day 4:0 Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar akan diteruskan sehingga 4 Oktober ini.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka