Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

KOTA BHARU – Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan menggesa umat Islam menolak politik berasaskan fitnah, ketakutan dan perpecahan, khususnya kenyataan yang boleh menimbulkan prasangka terhadap sesuatu kelompok.

Pengerusinya, Baba Zulkarnain Harun berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mendakwa DAP memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan agenda penjajah bagi menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam.

Menurutnya, dakwaan sedemikian merupakan tuduhan berat yang tidak wajar dibuat tanpa disertakan bukti jelas dan sahih kerana berpotensi mencetuskan kebencian serta memecahbelahkan umat Islam dan masyarakat majmuk.

“Lebih membimbangkan, pendekatan politik sedemikian bercanggah dengan tuntutan syariat yang mewajibkan keadilan, tabayyun dan larangan membuat tuduhan tanpa bukti,” katanya dalam kenyataan media yang dikongsi di Facebook pada Ahad.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan juga memperlihatkan kekeliruan mengenai kerangka demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia, termasuk peranan Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja, Parlimen serta prinsip semak dan imbang.

Katanya, kedudukan Islam telah diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, manakala kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak dilindungi melalui Perkara 153.

“Oleh itu, menggambarkan seolah-olah penyertaan DAP dalam Kerajaan Perpaduan dengan sendirinya membolehkan parti tersebut menghapuskan Melayu dan Islam adalah gambaran yang tidak tepat terhadap sistem pemerintahan negara,” katanya.

Beliau berkata, dalam konteks siyasah syar’iyyah, politik bukan sekadar persoalan menentukan siapa kawan dan lawan, sebaliknya medan mengurus kemaslahatan manusia, menegakkan keadilan, mencegah kemudaratan serta memelihara keamanan masyarakat.

Sehubungan itu katanya, semua pemimpin politik, khususnya yang membawa imej Islam, perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan kerana setiap perkataan mempunyai kesan terhadap perpaduan masyarakat.

“Islam tidak menjadi kuat dengan fitnah. Melayu tidak menjadi kuat dengan ketakutan. Negara tidak menjadi kukuh dengan perpecahan,” katanya.

Beliau berkata, politik negara perlu beralih daripada pendekatan menakut-nakutkan rakyat kepada politik penyelesaian dengan menawarkan gagasan terbaik dalam meningkatkan ekonomi, mengurangkan kos sara hidup, menyediakan pekerjaan, memperkukuh pendidikan, membanteras kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

BEAUFORT – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) tampil dengan pendekatan baharu menerusi aktiviti berjalan kaki pada program Langkah Jiwa Merdeka bagi mendekati masyarakat dan menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

PUTRAJAYA – Kelemahan pengurusan Tabung Haji (TH) antara 2014 hingga 2017 menerusi pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mencetuskan persoalan besar mengenai sejauh mana amanah terhadap kepentingan masyarakat Melayu-Islam benar-benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan