UMS bawa kepakaran ‘Awake Craniotomy’ ke Pantai Timur Sabah


TAWAU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) terus mengangkat standard perkhidmatan kesihatan di negeri ini selepas memperkenalkan teknik pembiusan otak secara sedar (Awake Craniotomy) ke Pantai Timur Sabah menerusi Program Knowledge Transfer Programme (KTP).

FPSK menerusi satu kenyataan memaklumkan, program berkenaan diketuai oleh Pensyarah Kanan FPSK yang juga pakar Neuroanestesiologi dan Neurokritikal dari Hospital UMS (HUMS), Dr. Yeap Boon Tat.

“Menerusi program itu beliau berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan anestesia bagi prosedur Awake Craniotomy ke atas salah seorang pesakit yang menghidap tumor otak di Hospital Tawau.

“Prosedur ‘Awake Craniotomy’ merupakan teknik pembiusan yang membolehkan pesakit kekal sedar pada fasa tertentu semasa pembedahan otak bagi membantu pakar bedah memantau fungsi neurologi secara langsung,” menurut FPSK, pada Ahad.


Tambah FPSK, program itu memberi pendedahan kepada teknologi dan teknik terkini dalam bidang neuroanestesiologi serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara UMS dan fasiliti kesihatan di Pantai Timur Sabah dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

“Pendekatan ini memerlukan kerjasama yang amat rapat antara pakar bius, pakar bedah saraf dan seluruh pasukan multidisiplin bagi memastikan keselamatan pesakit serta mencapai hasil pembedahan yang optimum.

“Usaha itu sekali gus mencerminkan komitmen UMS dalam merealisasikan agenda kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi yang memberi impak langsung kepada pembangunan masyarakat, selaras dengan aspirasi universiti sebagai ‘The Brain of Borneo’.

“UMS terus komited menjadi peneraju dalam pemindahan ilmu, pembangunan modal insan serta memperkukuhkan ekosistem kesihatan negeri menerusi kolaborasi strategik antara institusi akademik dan penyedia perkhidmatan kesihatan,” ujar FPSK.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah