Sukan mampu pupuk budaya bersaing secara sihat – Dr Stephen

SUBIS – Aktiviti bersukan mampu memupuk budaya bersaing secara sihat dalam kalangan pelajar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pelajar dapat menyedari kepentingan bertanding serta mengekalkan sikap merendah diri.

“Pelajar mampu mencapai prestasi cemerlang dalam sukan melalui pembangunan sahsiah,” kata beliau.

Tambah beliau, kejayaan dapat dicapai melalui pendidikan pembudayaan yang bersungguh-sungguh di peringkat sekolah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Goyang 2024 baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Stephen menegaskan pelajar bukan hanya perlu mencapai keputusan cemerlang tetapi juga memupuk budaya integriti.

“Sarawak mampu memenangi kejuaraan berganda dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dan Sukan Para Malaysia (Para Sukma) dengan pencapaian cemerlang ini bukan kebetulan dan tidak dapat dipisahkan daripada kerja keras dan pendidikan di sekolah sejak kecil,” ujar beliau lagi.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri