Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

KUANTAN – Hampir satu tan hasil laut dirampas susulan penahanan sebuah bot nelayan asing Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara dan menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kedudukan 102 batu nautika timur laut Pelabuhan Kuantan, di sini, Isnin lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum dipintas dan ditahan jam 2.40 pagi.

“Ketika digeledah, berlaku tindakan agresif daripada kru yang menyebabkan pergelutan.

“Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal hasil tindakan pantas dan profesional anggota Maritim Malaysia.

“Pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan 18 kru warga Vietnam termasuk seorang tekong.

“Bot disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dan gagal melaporkan ketibaan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, bot terbabit bersama kira-kira 1,000 kilogram hasil laut serta semua kru diiring ke Jeti Zon Maritim Kemaman, Terengganu sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk vesel dan hasil tangkapan dianggarkan melebihi RM6 juta,” katanya.

Related Posts

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

PENAMPANG – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diiktiraf sebagai laluan utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri, kata Pegawai Latihan Vokasional, Mohd Sophian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah baharu apabila memeterai kerjasama strategik bersama Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dan Construction Industry Development Board (CIDB) bagi membangunkan piawaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM