Akmal pertahankan tegur kelemahan projek LRA Kedah, tolak budaya ‘business as usual’

MENTERI Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempertahankan tindakannya membangkitkan kelemahan pengurusan projek Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah, sambil menegaskan beliau tidak boleh terus berdiam diri hanya kerana berdepan kritikan dan kecaman.

Beliau berkata, ada pihak melabelnya “ceplos” hanya kerana beliau menyentuh kelemahan pengurusan projek yang menggunakan wang pembayar cukai.

Malah ada juga menasihatkan beliau untuk tidak masuk campur dan fokus sahaja kepada tugasan sebagai menteri.

Namun Akmal berkata, beliau tidak boleh lagi terima budaya bekerja secara “business as usual”, yang akhirnya hanya akan menyebabkan kelemahan sama terus berulang.

“Saya tahu ada yang tak gembira dengan saya bila kongsikan apa yang berlaku dengan projek LRA di Kedah.

“Ada yang panggil saya ceplos kerana saya sentuh kelemahan pengurusan projek untuk rakyat menggunakan wang pembayar cukai. Ada juga yang kata, ini bukan kerja saya, kerja menteri jaga dasar sajalah.

“Terima kasih atas maklum balas. Tetapi saya mohon maaf sebab kita tak boleh lagi buat kerja secara business as usual,” katanya menerusi Facebook .

Menurut beliau, walaupun negara sudah hampir 70 tahun merdeka dan kerajaan silih berganti, isu kecuaian, kurangnya tanggungjawab serta akauntabiliti masih menyebabkan kerugian wang pembayar cukai.

Beliau berkata, keadaan ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku, kerana isu ini bukan sekadar membabitkan dasar kerajaan tetapi juga sikap dan mentaliti dalam pelaksanaan projek.

Akmal berkata, beliau telah mengikuti perkembangan projek LRA di Kedah itu sejak sekian lama merentasi dua kementerian, iaitu ketika berada di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan terkini di bawah Kementerian Ekonomi.

Katanya, beberapa teguran telah dibuat, namun beliau tidak melihat usaha penambahbaikan yang memadai.

“Kebetulan projek LRA di Kedah ini saya ikuti begitu lama, merentas kementerian dari Kementerian PETRA ke Kementerian Ekonomi projek ini mengikut saya.

“Ada beberapa teguran sudah dibuat tapi saya tak nampak ada effort untuk tambah baik. Saya sudah buat apa yang termampu, tetapi amaran saya tak diendahkan sehinggalah nasi menjadi bubur. Tak apalah, masing-masing dah besar kan,” katanya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET