Pasca PRN Negeri Sembilan: Adat, institusi diraja bukan modal rebut kuasa politik – Penganalisis

ADAT dan institusi diraja tidak seharusnya dijadikan modal politik dalam perebutan kuasa, khususnya susulan kemelut politik Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan percaturan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof Tajuddin Rasdi berkata, perkembangan politik negeri itu perlu dilihat dalam konteks persaingan mendapatkan kuasa, termasuk polemik susulan pelantikan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, isu itu turut mencetuskan pertikaian selepas Pengerusi Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim, mempersoalkan proses pelantikan Ismail, termasuk membangkitkan persoalan mengenai peranan Undang Yang Empat dalam urusan berkaitan adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan.

Rais sebelum ini dilaporkan mempersoalkan sama ada Undang Yang Empat diperhitungkan dalam proses pelantikan berkenaan, selain mendakwa wujud campur tangan pihak luar dalam urusan adat dan perlembagaan negeri.

Ismail bagaimanapun menegaskan proses pelantikannya dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Mengulas perkara itu, Tajuddin berkata, polemik berkenaan tidak wajar dilihat semata-mata daripada sudut perebutan jawatan atau kepentingan politik, sebaliknya perlu mengambil kira kedudukan adat dan perlembagaan negeri.

“Daripada apa yang saya lihat, isu ini bukan semata-mata soal keadilan. Ia lebih kepada keinginan untuk mendapatkan jawatan dan kuasa.

“Kalau sebelum ini kita mempersoalkan tindakan tertentu atas alasan prinsip dan perlembagaan, tetapi kemudian kita sendiri pergi mendapatkan perkenan, ia menimbulkan persoalan tentang pendirian sebenar,” katanya.

Tajuddin berkata, perkembangan pasca PRN turut memperlihatkan pergelutan politik antara BN dan PN, termasuk percaturan membentuk kerajaan dan menentukan kepimpinan negeri.

Katanya, keadaan itu menunjukkan bagaimana kepentingan politik boleh mempengaruhi pendirian parti dan pemimpin dalam menentukan hala tuju kerajaan negeri.

“UMNO seolah-olah memainkan dua peranan. Mereka perlu menunjukkan sokongan kepada kerajaan Persekutuan kerana mereka sebahagian daripada kerajaan, tetapi pada masa sama perlu mengambil kira kepentingan politik di peringkat negeri.

“Jadi, mereka perlu menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menjaga hati kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan atas alasan tertentu juga perlu dilihat secara kritikal, terutama jika matlamat akhirnya adalah untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kalau seseorang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan, kemudian mahu membentuk kerajaan baharu, kita perlu melihat apakah motif sebenar di sebalik tindakan itu.

“Adakah ia benar-benar kerana prinsip atau sekadar mahu mendapatkan kuasa?” katanya.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, polemik berkaitan adat dan institusi diraja tidak wajar dijadikan propaganda politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu lain.

Katanya, perbahasan mengenai adat dan institusi diraja perlu diletakkan dalam kerangka perlembagaan serta undang-undang, bukannya dimanipulasi mengikut kepentingan politik semasa.

“Isu seperti ini sudah lama digunakan sebagai propaganda. Ia boleh mengalih perhatian daripada persoalan lain yang lebih besar, termasuk isu salah guna kuasa dan pengurusan kewangan,” katanya.

Tajuddin berkata, perbezaan pendirian dalam kalangan parti dan gabungan politik bukan sesuatu yang luar biasa, namun ia tidak seharusnya mengatasi kepentingan rakyat dan kestabilan kerajaan negeri.

“Pada saya, ini lebih kepada perpecahan dalam kem masing-masing. Ada kem yang menyokong satu pihak dan ada kem yang menyokong pihak lain.

“Perkara seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam politik kerana perbezaan pandangan dan kepentingan sentiasa wujud dalam sesebuah parti atau gabungan politik,” katanya.

Related Posts

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

KENYATAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat meneruskan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka telah mencetuskan persoalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Operasi JTF banteras penyeludupan barang subsidi, rokok bernilai lebih RM660, 000

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor