Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

BENTONG – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku ketika kenderaan jenis Ford Raptor dinaiki lima sekeluarga dipercayai dalam perjalanan dari arah Bentong menuju Janda Baik, sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang.

Selain empat maut, seorang lagi mangsa membabitkan kanak-kanak dilaporkan parah, lapor Berita Harian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 1 tengah hari.

Menurutnya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dibantu Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik bergegas ke lokasi sebaik mendapat laporan.

“Mangsa membabitkan dua lelaki dewasa, seorang wanita dan seorang kanak-kanak.

“Seorang lagi penumpang membabitkan kanak-kanak lelaki dilaporkan sudah dikeluarkan orang awam dan mangsa dilaporkan parah,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, bomba mengambil masa lebih sejam untuk membawa keluar empat mangsa tersepit dalam pikap berkenaan sebelum mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Identiti empat mangsa terbunuh belum diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira 12.30 tengah hari.

“Mangsa yang maut ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 36 tahun yang juga penumpang hadapan bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangkunya, serta seorang lagi lelaki berusia 40 tahun yang duduk di bahagian belakang.

Katanya, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berada di tempat duduk belakang cedera dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

“Kanak-kanak itu dipercayai kembar kepada kanak-kanak yang maut berdasarkan identiti awal ditemukan di lokasi,” katanya.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang