Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh


KINABATANGAN – Penduduk di tiga buah kampung dalam Mukim Batu Puteh di sini, merayu campur tangan segera pihak berwajib bagi mengatasi masalah pencerobohan gajah liar yang didakwa berlarutan sejak 25 Julai lalu sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk.

Tiga kampung yang terjejas ialah Kampung (Kg) Perpaduan Datuk Mohd Ugi, Kg Batu Puteh dan Kg Manggaris, yang dilaporkan sering dimasuki kawanan gajah liar terutama pada waktu malam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Perpaduan Datuk Mohd Ugi, Azman Amirbek berkata, kehadiran gajah liar secara berulang kali bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk, malah berisiko merosakkan tanaman serta harta benda.

“Keadaan itu turut menjejaskan sumber pendapatan penduduk yang kebanyakannya bergantung kepada hasil pertanian.

“Penduduk berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, selain melindungi keselamatan keluarga serta harta benda mereka,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian ialah menaik taraf pondok kawalan (Control Panel) yang telah usang dan tidak lagi berfungsi, selain membaik pulih sistem litar elektrik pagar ‘TRC Fence’, khususnya di laluan utama masuk ke kawasan kampung yang dikenal pasti sebagai laluan gajah liar.

Jelasnya, kemudahan tersebut sebelum ini dibina hasil sumbangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama penduduk kampung, namun kini berada dalam keadaan usang dan tidak lagi aktif sehingga memerlukan penambahbaikan segera.

“Penduduk berharap kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan keberkesanan kawalan serta mengurangkan risiko gajah memasuki kawasan penempatan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan kerjasama daripada NGO, syarikat swasta, kepimpinan masyarakat dan semua jabatan berkaitan bagi membantu meringankan beban penduduk yang terjejas.

Azman turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Daerah Kinabatangan atas komitmen berterusan menjalankan operasi menghalau gajah liar yang masih berkeliaran di kawasan berkenaan dengan kerjasama penduduk kampung.

Beliau berharap usaha itu dapat terus diperkukuhkan agar gajah dapat diarahkan kembali ke habitat asalnya secara selamat, di samping memastikan keselamatan penduduk serta kelestarian hidupan liar terus dipelihara.

“Keselamatan awam, perlindungan harta benda dan pemuliharaan hidupan liar perlu bergerak seiring.

“Tindakan segera hari ini mampu mengelakkan kejadian yang lebih buruk pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET