PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia


TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah akan memperhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia, khususnya di wilayah Kalimantan Utara (Kaltara) bagi memastikan keselamatan sempadan terus terjamin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, satu pertemuan dijangka diadakan bagi memuktamadkan bentuk kerjasama yang dirancang sebelum dimeterai melalui majlis menandatangani persefahaman bersama.

“Kita mengadakan hubungan yang lebih menyeluruh dan lebih luas dengan mengadakan beberapa perancangan serta perbincangan untuk menyelaraskan tindakan bersama, khususnya di kawasan sempadan Malaysia.

“Maksudnya di sini, terdapat kes-kes tertentu yang memerlukan tindakan segera. Dengan adanya hubungan sedia ada ini, ia akan mempermudahkan kita menangani isu-isu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Tawau serta Pengerusi PERKEP di IPD Tawau, pada Isnin.

Dalam pada itu, Jauteh berkata, hubungan kerjasama antara Sabah dan Indonesia telah lama terjalin kerana sebelum penubuhan Provinsi Kalimantan Utara, wilayah berkenaan merupakan sebahagian daripada Kalimantan Timur.

Menurutnya, selepas pembentukan beberapa provinsi baharu di Kalimantan, termasuk Kalimantan Utara, kerjasama antara kedua-dua pihak wajar diperkukuh memandangkan wilayah tersebut kini berkongsi sempadan secara langsung dengan Sabah.

Related Posts

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

PENAMPANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita 13 kenderaan membabitkan 12 kereta dan sebuah motosikal dalam Ops Ekstrem yang memberi tumpuan kepada kenderaan diubah suai secara ekstrem dan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

KOTA KINABALU – Parlimen Sepanggar wajar diberi keutamaan untuk dipecahkan kepada dua kawasan sekiranya berlaku penambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa