Wanita bersama dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik rumah

IPOH – Seorang wanita dan dua anak perempuannya ditemukan meninggal dunia dalam sebuah bilik di rumah mereka di Bandar Baru Tambun, di sini, pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan tiga individu tidak sedarkan diri di rumah berkenaan kira-kira jam 9.10 malam, 30 Julai.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi mendapati ketiga-tiga mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 46 tahun bersama dua anak perempuannya masing-masing berusia 12 dan 11 tahun, telah meninggal dunia.

“Turut ditemui satu bekas dipercayai mengandungi sisa pembakaran arang yang telah dibakar di dalam bilik berkenaan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Muhammad Najib berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pakar perubatan forensik tidak menemukan sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh semua mangsa.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (Sudden Death Report), namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Bedah siasat dijadualkan dijalankan pada hari ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga siasatan selesai.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan