Yayasan MBI sumbang mesin terapi kuda, bantu pemulihan kanak-kanak OKU

PETALING JAYA – Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI menyumbangkan sebuah mesin terapi kuda bernilai lebih RM13,000 kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sofea di Damansara Damai bagi membantu proses terapi dan pemulihan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, mesin yang diimport khas dari luar negara itu dijangka memberi manfaat besar kepada kanak-kanak yang mengikuti program pemulihan di pusat berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan tersebut dibuat susulan permohonan yang dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling, bagi memenuhi keperluan terapi di PPDK Sofea.

“Mesin terapi ini amat penting untuk membantu proses pemulihan anak-anak OKU di sini. Saya yakin ia akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan keberkesanan terapi yang dijalankan.

“Alhamdulillah, permohonan yang dikemukakan oleh YB Pua Pei Ling dapat direalisasikan hari ini demi kesejahteraan anak-anak istimewa di pusat ini,” kongsinya di Facebook pada Khamis.

Menurut Ahmad Azri, PPDK Sofea sebelum ini turut menerima sumbangan tahunan daripada Yayasan MBI bagi menyokong pelbagai aktiviti kebajikan, namun penyerahan mesin terapi berkenaan merupakan bantuan pertama seumpamanya disalurkan kepada pusat tersebut.

Dalam perkembangan sama, Yayasan MBI turut menghulurkan bantuan ihsan sebanyak RM3,000 kepada setiap tiga keluarga yang terjejas dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Bukit Lanjan.

Ahmad Azri berkata, bantuan itu disalurkan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.

“Setiap keluarga menerima sumbangan ihsan sebanyak RM3,000 daripada Dato’ Menteri Besar. Bantuan ini boleh digunakan mengikut keperluan mereka sama ada untuk membaiki rumah atau menampung perbelanjaan harian selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata, Yayasan MBI akan terus memainkan peranan membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kebajikan, khususnya melibatkan komuniti rentan dan mangsa bencana di Selangor.

Related Posts

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

LAHAD DATU – Seorang lelaki berumur 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Puyut, di sini, tengah hari Rabu. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

MIRI – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa untuk melaksanakan jadual kerja pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan di sekitar kawasan Desa Senadin dan Tudan secara lebih kerap dan berkala. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar