Jangan raikan kesilapan dalam isu Tabung Haji – Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur sikap sesetengah pemimpin Barisan Nasional (BN) yang didakwa seolah-olah meraikan keputusan lalu membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH), walaupun kesannya menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Beliau berkata, kejayaan TH meneruskan pembayaran hibah kepada pendeposit atau menyediakan subsidi haji tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menutup atau meremehkan kelemahan serta kerugian yang berlaku sebelum ini.

Sebaliknya, katanya, sebarang keputusan yang membawa kerugian besar perlu diakui secara terbuka, dinilai secara telus dan dijadikan pengajaran supaya kesilapan sama tidak berulang.

“Ini teguran dan nasihat saya kepada sahabat-sahabat di BN. Saya sangat risau apabila melihat sahabat-sahabat BN seperti meraikan apa yang berlaku.

“Bukan meraikan laporan RCI, tetapi meraikan kesilapan yang lepas,” katanya ketika menerusi sesi podcast Ulasan RCI Tabung Haji, malam Khamis.

Syed Saddiq berkata, kerugian berbilion ringgit tidak boleh dianggap seolah-olah tidak pernah berlaku hanya kerana TH masih mampu membayar hibah dan membantu bakal jemaah haji.

Menurut beliau, naratif sedemikian hanya akan mengaburkan hakikat bahawa kerugian tetap mempunyai kos yang akhirnya perlu ditanggung rakyat.

“Janganlah kata macam tak ada masalah atau masalah itu tak ada kena mengena dengan kerugian berbilion ringgit.

“Tindakan ini macam hilangkan masalah berbilion ringgit, dan rugi, rugi, rugi ini tetap ada,” katanya.

Beliau berkata, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH perlu dilihat secara serius, khususnya berhubung dakwaan kerugian besar akibat keputusan pelaburan yang dibuat tanpa pengalaman dan kepakaran mencukupi.

Katanya, mempertahankan keputusan terdahulu hanya berdasarkan keupayaan TH membayar hibah atau menyediakan subsidi haji bukan pendekatan yang wajar jika pada masa sama berlaku kerugian yang besar.

“Kerugian berbilion ringgit ini tidak hilang. Bila rugi, siapa yang tanggung? Pembayar cukai, rakyat Malaysia dan generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengingatkan bahawa keputusan yang mengakibatkan kerugian besar tidak seharusnya dilabel sebagai satu kejayaan hanya kerana kesannya berjaya ditampung melalui campur tangan kerajaan.

Menurutnya, sikap meraikan keputusan sedemikian juga boleh menghantar mesej yang salah kepada generasi pemimpin muda bahawa kesilapan besar boleh dipertahankan sekiranya masalahnya akhirnya dapat diselesaikan.

“Janganlah kata keputusan yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit yang perlu dipikul generasi baharu itu adalah keputusan yang baik.

“Kita perlu berlaku adil dan telus. Jangan meraikan perkara yang tidak betul kerana kalau kita meraikannya, apa mesej yang kita sedang hantar kepada pemimpin muda akan datang?” soalnya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan