Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

HARGA runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 20 sen seliter bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos ini susulan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga RON97 dinaikkan daripada RM4.20 kepada RM4.40 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi meningkat daripada RM3.62 kepada RM3.82 seliter dan diesel tanpa subsidi daripada RM4.42 kepada RM4.62 seliter.

Menurut MOF, pelarasan itu dibuat berikutan peningkatan harga produk petroleum global yang dipengaruhi oleh perkembangan geopolitik dan gangguan terhadap rantaian bekalan minyak mentah dunia.

“Harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 16 peratus sepanjang minggu lalu apabila konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kembali memuncak selepas berakhirnya tempoh gencatan senjata.

“Sekatan terhadap perkapalan serta pengurangan aliran kapal melalui Selat Hormuz telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan petroleum global,” menurut kenyataan itu.

MOF berkata, kenaikan harga minyak mentah turut dipacu oleh paras inventori global yang semakin ketat selain ancaman gangguan terhadap penghantaran minyak dari Arab Saudi.

Dalam perkembangan sama, kementerian memaklumkan harga minyak mentah Brent turut mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam minggu iaitu sekitar USD96 setong susulan konflik berterusan di Timur Tengah, selain risiko terhadap laluan perdagangan utama termasuk Selat Hormuz dan Laut Merah.

Menurutnya, pasaran petroleum global dijangka terus berdepan ketidaktentuan selagi konflik tersebut belum mencapai penyelesaian muktamad.

“Walaupun usaha menghidupkan semula rundingan dan cadangan gencatan senjata telah mengehadkan sebahagian kenaikan harga, perkembangan itu masih belum meredakan kebimbangan pasaran terhadap risiko gangguan bekalan.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

“Merancang perjalanan dengan lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,” katanya.

Related Posts

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan tekad memastikan sebahagian institusi pondok mempunyai laluan ke universiti bagi membolehkan lulusan aliran berkenaan turut menyumbang dan mempengaruhi sistem pendidikan awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

PUTRAJAYA – Institusi pondok perlu diperkasa dengan penguasaan ilmu baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), selaras perkembangan teknologi dan keperluan semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka