5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang ke Myanmar – PM

CHENNAH- Seramai 5,000 orang pelarian Rohingya yang berada di Malaysia akan dihantar pulang ke Myanmar, hasil rundingan diplomatik dan hubungan yang baik antara kedua-dua negara,

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu adalah satu langkah awal dalam menangani isu berkenaan, selain dapat memastikan isu ketenteraman awam di Malaysia terus dapat dipelihara.

Menurut beliau, persetujuan itu dicapai menerusi hubungan baik Malaysia dengan Myanmar, sekali gus membuktikan isu pelarian tidak boleh diselesaikan hanya dengan gesaan supaya mereka dihantar pulang.

“Orang kata ‘hantar balik, hantar balik’. Nak hantar balik ke mana? Myanmar tidak mahu terima.

“Itu sebabnya hubungan baik dengan Myanmar penting. Sekarang ini mereka setuju ambil 5,000 orang dahulu dan juga bersetuju menerima semula 300,000 Rohingya yang berada di Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang Bersama PMX di Simpang Durian, pada Rabu.

Tambahnya, kerajaan masih berunding dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya yang sekian lama menjadi cabaran kepada beberapa negara di rantau ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tetap mengambil pendekatan tegas bagi memastikan pelarian Rohingya di Malaysia tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Saya sudah beri amaran, dan saya juga sudah arahkan kepada polis. Saya tidak mahu Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam. Ini Malaysia, tak boleh dia ganggu kita.
“Jadi polis akan ambil tindakan, pindahkan dia. Kita cegah.

“Sebab itu saya beritahu kepada orang Rohingya, duduk baik-baik, kita sedia tempat asing. Kamu jangan ganggu perniagaan orang Malaysia, jangan ganggu lalu lintas dan tempat mereka duduk, nanti orang marah.” katanya.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan