Tabung Haji sambut baik pendedahan RCI TH kepada umum

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan telah melaksanakan 75 peratus daripada syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan integriti institusi itu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, TH turut menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan RCI kepada umum.

Menurut TH, pihaknya mengambil maklum segala syor yang dikemukakan RCI berhubung pengurusan institusi itu sebelum tahun 2018 dan sejak itu telah melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan.

“TH telah melaksanakan 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi ini, manakala baki syor sedang dalam proses pelaksanaan,” menurut kenyataan itu.

TH berkata, pelbagai usaha pemulihan turut dilaksanakan termasuk memperkukuh kedudukan kewangan dengan memulihkan kunci kira-kira serta membina rizab yang lebih kukuh.

Kenyataan itu turut menyebut TH mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Selain itu, TH turut berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang bagi tiga tahun berturut-turut, sekali gus membantu meringankan beban bakal jemaah haji.

“TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab, dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun. Di samping itu, TH berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.

“TH kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam, serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri bersetuju untuk menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 kepada umum.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik