Orang Asli Bukit Kepong puas hati pembangunan, hargai peranan kerajaan negeri dan JAKOA

PORT DICKSON – Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Kepong, di sini berpuas hati dengan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Negeri Sembilan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), terutama dalam penyediaan kemudahan asas yang meningkatkan taraf hidup penduduk.

Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Omar Goming, 68, berkata pelbagai kemudahan seperti pembinaan dan baik pulih rumah, bekalan air bersih, elektrik serta jalan raya yang lebih sempurna memberi keselesaan kepada penduduk.

“Perubahan yang berlaku hari ini jauh berbeza berbanding keadaan kampung itu beberapa dekad lalu apabila kemudahan asas masih terhad.

“Dulu keadaan tidak seperti sekarang. Sekarang rumah semakin baik, jalan sudah elok, bekalan air dan elektrik juga sudah ada. Kami bersyukur dengan pembangunan yang diberikan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, hubungan baik antara masyarakat Orang Asli dengan kerajaan negeri, JAKOA dan wakil rakyat turut memudahkan penduduk mengemukakan aduan serta cadangan berkaitan keperluan kampung.

Menurutnya, wakil rakyat juga kerap turun padang menghadiri program kemasyarakatan dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi penduduk.

“Kalau ada masalah, kami boleh terus menyuarakannya dan biasanya ia akan diberi perhatian. Kami harap usaha pembangunan ini dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India