
KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghina mahkamah berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, sini, pada Rabu.
Walau bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, membenarkan permohonan Presiden parti Warisan tersebut untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Tinggi.
Untuk rekod, Shafie membuat kenyataan, antaranya menyifatkan kematian Zara sebagai ‘pembunuhan’ serta mempersoalkan siasatan polis dan pakar patologi dalam Majlis Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan, Sabah pada 20 September 2025 ketika inkues kematian Zara Qairina Mahathir sedang berlangsung.
Susulan itu, mahkamah mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap beliau kerana kenyataan tersebut didakwa berpotensi menjejaskan prosiding inkues.





