Sultan Pahang titah wujud pusat sehenti himpun agensi hal ehwal Islam

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar kerajaan negeri meneliti pewujudan Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Islam Pahang sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan agensi hal ehwal Islam di bawah satu bumbung.

Baginda bertitah, inisiatif itu mampu memperkukuh penyelarasan antara agensi, memudahkan akses rakyat kepada pelbagai perkhidmatan Islam serta mewujudkan sistem penyampaian yang lebih cekap, pantas dan bersepadu selaras dengan aspirasi pembangunan negeri ini.

Menurut baginda, sesebuah institusi diukur melalui keupayaannya menyampaikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berorientasikan rakyat, namun hal ehwal Islam di negeri ini masih dilaksanakan di beberapa lokasi berasingan sekali gus menyukarkan rakyat mendapatkan perkhidmatan secara menyeluruh.

“Sudah tiba masanya sistem penyampaian perkhidmatan ini ditransformasikan melalui pendekatan yang lebih bersepadu dan menyeluruh,” titah baginda menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Kali Ke-199 di sini pada Selasa.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sementara itu, dalam titah sama, Al-Sultan Abdullah mengingatkan MUIP memikul amanah besar dalam menerajui serta menjadi penasihat kepada baginda dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negeri ini.

Baginda menegaskan setiap keputusan hendaklah berteraskan maqasid syariah, dipandu oleh hikmah serta sentiasa mengutamakan maslahah ummah dan kepentingan agama.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada MUIP serta Jabatan Agama Islam Pahang atas kejayaan melaksanakan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi dalam pengurusan masjid dengan bimbingan Perbadanan Produktiviti Malaysia.

“Inisiatif ini adalah satu anjakan penting dalam memperkukuh budaya kecemerlangan organisasi, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan serta membuktikan bahawa kerjasama strategik antara agensi mampu menghasilkan reformasi yang memberi manfaat kepada umat Islam.

“Saya berharap inisiatif ini akan diperluaskan secara sistematik ke seluruh ekosistem perkhidmatan hal ehwal Islam.

“Setiap proses kerja hendaklah sentiasa dinilai, dipermudah dan ditransformasikan agar penyampaian perkhidmatan menjadi lebih cekap, responsif dan berorientasikan keperluan rakyat,” titah baginda.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos