FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) merangkap Pengerusi Jawatankuasa FKAT, Mohd Shoffian Mohd Said berkata, penyertaan itu secara tidak langsung dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

“Indonesia kekal sebagai rakan utama festival dengan penyertaan tahunan, khususnya dari kawasan Nunukan, selain penyertaan delegasi lain yang terus memperkukuh kedudukan FKAT sebagai acara kebudayaan bertaraf antarabangsa.

“Kita pernah ada rekod 50,000 dan kita mengharapkan masih sama ataupun lebih dalam 50,000 orang dari daerah-daerah sekitar akan dapat datang,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa FKAT 2026 di Majlis Perbandaran Tawau pada Rabu.

Menurut Shoffian, FKAT kali ini juga akan menyampaikan penganugerahan khas kepada tokoh-tokoh yang menjadi pencetus dan penggerak awal festival terbabit sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam membangunkan acara berkenaan.

“Tiga tokoh berkenaan adalah Allayarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Ismail Mayakob dan Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, ” ujarnya.

Dari segi penyertaan, sebanyak 32 etnik terlibat tahun ini termasuk pertambahan dua etnik baharu, dengan kira-kira 30 etnik dijangka membuat persembahan selain empat persembahan antarabangsa.

Penganjuran yang berlangsung sejak 25 Julai lepas hingga kemuncak 1 Ogos itu akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sehubungan itu, Shoffian menyeru orang ramai khususnya dari Tawau dan daerah berhampiran seperti Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Kalabakan digalakkan hadir bagi memeriahkan festival di samping menjaga keselamatan, kebersihan serta kesantunan sepanjang penganjuran FKAT berlangsung.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM