‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada menerima permintaan daripada rakyat mengenai harga tiket yang tinggi bagi menyaksikan perlumbaan antarabangsa di Sepang pada Oktober ini.

“Orang yang dah beli tiket pun ramai dah. (Ada rungutan) tiket mahal sebab harga antarabangsa. Ada orang tanya, PMX ada harga tiket madani ke? Awal-awal dia kata, kami kalau nak beli tiket paling murah RM200. Bagilah tiket Madani ada tak?”

“InsyaAllah tetapi jauh sikitlah duduknya, jangan bayar harga tiket Madani tetapi hendak duduk (di barisan) depan,” katanya semasa program ramah mesra bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPPK) di Dewan The Grand, Lukut, pada Isnin.

Terdahulu, penganjur perlumbaan F1 mengumumkan Litar Antarabangsa Sepang menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu yang dijadualkan semula pada 2 hingga 4 Oktober ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan GP Hungary, Liberty Media memaklumkan perlumbaan itu akan dikenali secara rasmi sebagai `GP Bahrain Gulf Air di Malaysia’.

Sebelum ini, Anwar ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Tampin mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi selepas berjaya dipilih menggantikan Bahrain susulan konflik yang melanda rantau Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan itu membuktikan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap tahap keamanan, kecekapan pentadbiran serta kualiti infrastruktur negara.

Menurut beliau, penganjuran perlumbaan berprestij itu pada asalnya dijadual berlangsung di Bahrain, namun terpaksa dipindahkan berikutan kesan peperangan membabitkan Iran serta serangan Amerika Syarikat dan Israel yang menjejaskan kestabilan rantau berkenaan.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

TAMPIN – Tiada mana-mana individu akan dilindungi sekiranya didapati bersalah berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, prinsip kerajaan jelas iaitu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas