Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan.

Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), hari ini, selepas spekulasi mengenainya hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu.

Klopp, 59, menandatangani kontrak sehingga tamat kempen Piala Dunia 2030 yang akan dianjurkan bersama Sepanyol, Portugal dan Maghribi.

Pelantikannya dibuat susulan peletakan jawatan Julian Nagelsmann awal bulan ini selepas Jerman tersingkir seawal pusingan 32 terbaik Piala Dunia apabila tewas kepada Paraguay menerusi penentuan penalti.

Kekalahan itu menyaksikan Jerman mengalami penyingkiran awal buat kali ketiga berturut-turut di pentas Piala Dunia sejak muncul juara edisi 2014.

“Saya amat berbesar hati berada di sini hari ini. Ini mungkin kemuncak kerjaya profesional saya dan saya akan memberikan segala-galanya untuk pasukan ini,” kata Klopp pada sidang media pengumuman pelantikannya di Frankfurt.

Presiden DFB, Bernd Neuendorf, berkata kontrak Klopp akan bermula pada 15 Ogos ini dan berakhir pada musim panas 2030.

Sejak 2025, Klopp berkhidmat sebagai Ketua Bola Sepak Global Red Bull dengan menyelia beberapa kelab di bawah naungan syarikat itu, termasuk RB Leipzig, Red Bull Salzburg dan New York Red Bulls.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula