Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

SEREMBAN – Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan gagal mengambil tindakan terhadap isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung termasuk Kampung Pasir adalah tidak berasas, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang memaklumkan tindakan terhadap kes berkenaan sudah pun dilaksanakan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati sebanyak 12 rumah dikenal pasti dibina di atas tanah milik kerajaan negeri.

“Sebahagian penghuni telah diusahakan untuk dipindahkan ke lokasi lain, manakala lima keluarga telah ditawarkan rumah mampu milik oleh kerajaan negeri,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang tular di media sosial mengenai surat bertarikh 18 Julai 2022 berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung di Seremban.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, bagi baki rumah yang dikenal pasti, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah menyediakan kertas cadangan serta maklum balas yang telah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, proses membuat keputusan tertangguh selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal Jun lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

“Maklumat yang saya terima menunjukkan kerajaan negeri bukan sahaja sedang mengambil tindakan, malah telah bertindak terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu dan maklumat yang tidak benar,” katanya.

Beliau menegaskan perkembangan itu membuktikan kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah mengabaikan isu pencerobohan tanah seperti yang didakwa pihak tertentu.

Related Posts

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

REMBAU – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal dakwaan bahawa BN berhasrat mewujudkan gabungan politik baharu bersama Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menegaskan hubungan yang dibincangkan hanyalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

GEMAS – Kewujudan sebuah hospital di Gemas antara tuntutan utama penduduk setempat bagi memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan pantas, khususnya bagi masyarakat luar bandar serta peneroka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat