RCI Tabung Haji jadi asas pulihkan integriti, pesalah wajar dipertanggungjawabkan

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menjadi titik penamat kepada episod penyelewengan dalam pengurusan institusi itu, selain membuka lembaran baharu ke arah tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan berpaksikan kepentingan pendeposit.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, laporan RCI itu merupakan detik penting buat negara kerana mendedahkan hakikat sebenar mengenai dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam institusi amanah umat Islam tersebut.

“Setiap ringgit yang disimpan di Tabung Haji bukan wang lebihan. Ia datang daripada hasil penoreh getah, pesawah, pekebun, pemandu teksi, peniaga kecil dan pelbagai lagi golongan yang bekerja keras dengan satu impian untuk menjadi tetamu Allah.

“Apabila amanah sebesar ini dikhianati, yang terjejas bukan sekadar nama baik sebuah institusi, tetapi harapan dan doa jutaan umat Islam yang menyimpan bertahun-tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Muhammad Kamil berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan mana-mana pentadbiran terdahulu atau melindungi individu yang terlibat.

Sebaliknya, beliau berkata, Kerajaan MADANI memilih untuk mendedahkan kebenaran walaupun menyedari terdapat pihak yang lebih selesa jika episod berkenaan terus disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“Kita perlu berani mengakui bahawa kesilapan dan ketelanjuran telah berlaku. Tanggungjawab kita kini adalah memastikan mereka yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau berharap laporan RCI itu bukan sahaja menjadi noktah kepada episod hitam yang mencalar reputasi Tabung Haji, malah menjadi asas kepada usaha memperkukuh semula keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan melalui tadbir urus yang lebih berintegriti, telus dan beramanah.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit