Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

SEREMBAN – Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan gagal mengambil tindakan terhadap isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung termasuk Kampung Pasir adalah tidak berasas, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang memaklumkan tindakan terhadap kes berkenaan sudah pun dilaksanakan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati sebanyak 12 rumah dikenal pasti dibina di atas tanah milik kerajaan negeri.

“Sebahagian penghuni telah diusahakan untuk dipindahkan ke lokasi lain, manakala lima keluarga telah ditawarkan rumah mampu milik oleh kerajaan negeri,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang tular di media sosial mengenai surat bertarikh 18 Julai 2022 berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung di Seremban.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, bagi baki rumah yang dikenal pasti, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah menyediakan kertas cadangan serta maklum balas yang telah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, proses membuat keputusan tertangguh selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal Jun lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

“Maklumat yang saya terima menunjukkan kerajaan negeri bukan sahaja sedang mengambil tindakan, malah telah bertindak terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu dan maklumat yang tidak benar,” katanya.

Beliau menegaskan perkembangan itu membuktikan kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah mengabaikan isu pencerobohan tanah seperti yang didakwa pihak tertentu.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang