Ekonomi bukan matlamat akhir, pembangunan mesti angkat martabat rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan pelaksanaan dasar awam negara perlu berteraskan nilai kemanusiaan, dengan pembangunan harus memberi manfaat terus kepada rakyat dan bukan sekadar meningkatkan angka ekonomi.

Berucap pada Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026 hari ini, Anwar berkata, dunia kini sedang memasuki era transformasi teknologi yang berkembang pesat melalui kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu, pembuatan termaju dan bioteknologi.

“Malaysia mesti terus kekal berdaya saing, produktif dan terbuka kepada pelaburan. Namun, kegiatan ekonomi perlu kembali berpaksikan tujuan dan nilai moral.

“Ekonomi hanyalah satu wahana untuk mencapai matlamat, bukannya matlamat itu sendiri,” katanya.

Menurut beliau, petunjuk seperti pertumbuhan, pelaburan, eksport, produktiviti dan disiplin fiskal tetap penting, tetapi kerajaan juga perlu menilai sama ada pembangunan yang dilaksanakan mampu memperluas peluang, memperkasakan komuniti dan memastikan rakyat hidup dengan bermaruah.

“Matlamatnya bukan semata-mata mencatat angka lebih tinggi atau meningkatkan pengumpulan kekayaan, tetapi membolehkan rakyat menjalani kehidupan yang bermaruah, rasa selamat dan mempunyai tujuan,” katanya.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan, dan Pengerusi Forum Ekonomi Manusiawi merangkap Pengarah HEGD 2026, Prof Datuk Dr Saadiah Mohamad.

Anwar turut menyentuh kebimbangan generasi muda terhadap masa depan pekerjaan, khususnya sama ada sistem pendidikan negara mampu menyediakan mereka menghadapi perubahan teknologi dan sama ada AI akan memperkasakan tenaga kerja atau menggantikan peranan manusia.

Beliau berkata, masyarakat juga terus berdepan peningkatan kos sara hidup, manakala petani, nelayan dan usahawan kecil mahu memastikan pembangunan ekonomi benar-benar memberi manfaat kepada mereka dan tidak menyebabkan mereka terus tercicir.

Perdana Menteri menegaskan pembaharuan tadbir urus perlu diperkukuh supaya pembangunan insan menjadi fokus utama dalam pembentukan dasar negara, sambil menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan nilai budaya dan warisan tradisi.

Beliau menyeru kerajaan, sektor perniagaan, pendidik dan golongan muda memainkan peranan masing-masing dalam usaha membina negara yang lebih adil dan mampan.

“Sesebuah negara tidak maju hanya kerana memiliki lebuh raya, bangunan atau teknologi canggih. Negara akan benar-benar maju apabila rakyatnya mempunyai pemahaman mendalam tentang keadilan, ilmu, tanggungjawab dan hala tuju masa depan,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman