Anwar kongsi mesej muafakat, isyarat kukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memberi isyarat memperkukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan apabila berkongsi gambar bersalaman dengan pemimpin Barisan Nasional (BN), disertakan mesej yang menekankan kepentingan muafakat walaupun berbeza pandangan.

Menerusi hantaran di media sosial pada Rabu, Anwar memuat naik rangkap pantun yang membawa mesej perpaduan dan kerjasama.

“Burung merbah terbang sekawan, guruh berdentum membelah awan, berbeza langkah, jangan putus kawan, selagi muafakat, kita sehaluan,” katanya.

Hantaran itu dibuat ketika perhatian tertumpu kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk memecat beliau atau mana-mana menteri daripada BN sekiranya tidak berpuas hati dengan prestasi atau tindakan mereka.

Zahid berkata, semua menteri daripada BN dilantik oleh Perdana Menteri, justeru kuasa untuk melantik dan menamatkan perkhidmatan mereka terletak di tangan Anwar.

Kenyataan itu menyusul selepas timbul dakwaan bahawa Perdana Menteri memberi amaran kepada mana-mana menteri supaya tidak menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk menyerang rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil menjelaskan tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh Perdana Menteri supaya mana-mana menteri atau timbalan menteri meletakkan jawatan setakat ini.

Sebaliknya, Fahmi berkata Anwar hanya mengingatkan semua anggota pentadbiran supaya terus memelihara semangat perpaduan, selain mengekalkan disiplin dan profesionalisme sepanjang tempoh berkempen.

Hantaran Anwar yang memaparkan suasana mesra bersama pemimpin BN dilihat mencerminkan komitmen beliau untuk memastikan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan terus kukuh berasaskan semangat saling menghormati, kerjasama dan muafakat.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar