Syed Hussien ikrar wujudkan politik kekeluargaan, kuburkan politik kebencian

KLUANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berikrar untuk mewujudkan kestabilan politik baharu yang bersifat kekeluargaan dalam mempraktikkan amalan demokrasi dalam masyarakat di kawasan itu.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang berkata, budaya politik yang hanya disulami dengan kebencian perlu dikuburkan kerana sudah tidak relevan.

“Sebab itu kita cakap, kita perlu wujudkan satu politik baru yang menampakkan kekeluargaan.

“Kita dah tak boleh mengamalkan politik mengata atau pun menuduh sembarangan.

“Yang menjadi keutamaan kita adalah masyarakat,” katanya ketika ditemui pada sidang media pertama selepas diumumkan sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk DUN Mahkota.

Ketika ditanya mengenai isu, tindakan jentera parti Perikatan Nasional (PN) yang memburuk-burukkan Syed Hussien Syed Abdullah ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh.

Syed Hussien berkata, seharusnya jentera-jentera parti perlu menjalankan kempen secara mesra dan tidak memburukkan mana-mana pihak.

Beliau turut menyeru agak semua pihak bekerjasama dengannya untuk bekerja sebagai satu pasukan demi masa depan masyarakat di DUN Mahkota.

“Jadi apa yang kita perlukan adalah cara kempen yang lebih mesra dan kekeluargaan.

“Elakkan perpecahan dan kita cantumkan bekerja sebagai satu kumpulan,” ujarnya.

Menerusi laporan The Malaysia Press, dipercayai, jentera PN ‘menghasut’ masyarakat Orang Asli supaya tidak mengundi Syed Hussien kerana beliau akan ditangkap sekiranya menang dalam pilihan raya.

Ia susulan Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam satu ceramah di kempen PN PRK Mahkota meminta penjelasan Syed Hussien berhubung dakwaan pernah ditangkap polis berhubung satu kes pukul.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar