PRK Mahkota: Bukti rakyat sudah jemu dengan politik 3R

KEMENANGAN mudah buat calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dengan majoriti 20,609 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota beri isyarat jelas bahawa rakyat sudah bosan dengan permainan politik yang melibatkan bangsa dan agama serta mahukan kemakmuran ekonomi.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, seorang pemerhati politik, Ahmad Mursi, berpendapat kemenangan calon daripada Kerajaan Perpaduan menjadi bukti bahawa rakyat menginginkan kestabilan politik demi kemakmuran ekonomi dan mula jemu dengan politik 3R (kaum, agama dan raja) yang dimainkan PN.

Syed Hussien Syed Abdullah menggantikan bekas penyandang kerusi DUN Mahkota, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, menang bergaya dengan 27,941 undi, berbanding Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,332 undi daripada 35,342 orang yang keluar mengundi pada Sabtu.

Menurut pengguna tersebut, di antara fakta menarik dan pedih yang perlu ditelan parti pembangkang setelah berakhirnya pilihan raya kali ini ialah, PN nyaris hilang wang deposit melepasi had minimum 12.5% atau 4,418 undi dengan lebihan 2,929 undi sahaja walaupun hanya melibatkan pertarungan dua penjuru di antara BN dan PN.

Selain itu, di antara semua 18 Daerah Mengundi (DM) yang berada di dalam DUN Mahkota, tiada satu pun yang memihak kepada PN malah tiga DM Melayu yang dahulunya dimenangi PN ketika Pilihan Raya Umum ke-15, turut ditawan BN dengan selesa.

Tambahan pula, walaupun jumlah penduduk keluar mengundi pada PRK DUN Mahkota sedikit menyusut daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 iaitu sebanyak 35,342 (53.84%) berbanding 40,225 (65.66%) daripada PRN namun, BN masih berupaya untuk menang bergaya dengan majoriti undi naik empat kali ganda daripada 5,166 dua tahun lalu kepada 20,648 kali ini.

Seterusnya, PRK kali ini turut membuktikan bahawa formula perpaduan berkesan, di mana dapat dilihat melalui anggaran setiap lima pengundi, empat undi milik BN, dan satu undi untuk PN, menjadikan BN 27,995 dan PN 7,347, ditambah pula 11,445 undi Pakatan Harapan (PH) pada PRN lalu sudah berpindah kepada BN.

Lebih menyedihkan, bukan sahaja tidak berjaya membawa pulang kerusi, malah PN juga tidak berjaya menambah bilangan undi berbanding 7,614 undi pada PRN lalu ketika PH turut berbanding dan kini ia terus menyusut.

Akhirnya, undi PN terus menyusut 29.8% dibandingkan dengan jumlah undi dalam DUN Mahkota untuk merebut kerusi Parlimen Kluang pada PRU15 (8,750) iaitu semasa sentimen api perkauman ditiup secara maksimum sekaligus menenggelamkan hasrat PN untuk menyandang kerusi di Johor.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok